Saturday, June 13, 2009

FAHAMI PERJUANGAN 2

Dari kes Manohara aku ingin perjelaskan pun kes ke2. penganiayaan pembantu rumah Siti Hajar, aku amat simpati dengan pembantu rumah ini dan bersetuju dengan tindakan yang diambbil oleh pihak berwajib dengan menahan majikan yang terlibat dan tindakan ini sudah pun di ambil. Tetapi di Indonesia perkara ini masih di pertontonkan melalui saluran tv kepada rakyat dan terdapat berbagai pihak yang mengsensasikan nya.
Sebuah stesen tv tempatan (Indonesia) telah menayangkan perbualan telefon diantara Siti Hajar dengan kakaknya yang menangis teresak-esak dan seorang anak Siti Hajar yang tidak dapat mengeluarkan kata-kata dengan baik mungkin kerana di hadapan kamera. Malah Presiden SBY juga telah bercakap dengan Siti Hajar.

Maka aku bertanya bagimana dengan kes pembantu rumah yang mencuri dan lari dari majikan mereka dan ada yang mengambil kesempatan dengan menjual diri mereka, mengapa media Malaysia tidak mengsensasikan isu-isu ini, jelas pada aku pemberita media Malaysia masih cetek dalam mendapatkan maklumat yang boleh membangkitkan semangat cintakan negara, malah tidak salah aku katakan yang penulis media Malaysia lebih suka membuat cerita yang boleh memecahbelahkan perpaduan NEGARA SENDIRI.


Lihat sahaja beberapa akhbar tempatan mempamerkan cerita yang membuat suasana membenci sesama sendiri, membangkitkan rasa kebimbangan diantara kaum di dalam negara sendiri dan tidak kurang ahbar yang dengan sengaja menyebarkan FITNAH semata-mata untuk menarik perhatian pembaca.


Pada aku, pemberita begini adalah pemberita bodoh dan tidak mempunyai ide yang baik. fahamilah yang pemberita berjuang dengan pena dan mata pena itu lebih tajam dari mata pedang, tetapi jangan buat FITNAH, kerana akibat fitnah itu amat buruk.


Teruskan perjuangan anda.

Biar patah sayap aku terbang jua.

2 comments:

  1. Penulis malaysia aku tengok banyak cerita gosip, artis cerai berai dan lain lain yang kurang memberi kesan secara langsung

    ReplyDelete
  2. Betul, penulis Malaysia tak pandai gunakan semua panca indea yang ada. Mereka hanya gunakan satu panca indera sahaja - pendengaran, jadi banayk yang mereka tulis tidak tepat dan bagi penulis blog ramai yang kira berapa masuk........ maka ramailah yang jadi penulis upahan dan baruah.....

    ReplyDelete