1. Ramai orang Malaysia dari semua keturunan adalah mempunyai sikap sombong dan suka bermegah-megah, ingat Allah sangat benci dengan mereka yang sombong. Rata-rata orang kaya lebih ramai yang sombong di bandingkan dengan orang miskin. Orang miskin juga tidak kurang yang sombong.
2. Ramai orang Malaysia tidak suka memberikan penghargaan, contoh penjual jarang yang hendak mengucapkan terima kasih apabila pelanggan telah membuat pembayaran, terutama di kedai-kesai makan.
3. Orang Malaysia kurang memberi senyuman kepada sesama Malaysia, tapi suka memberi pujian dan senyuman kepada orang Asing, terutama "mat saleh", ini menunjukan minda mereka masih di jajah.
4. Orang Malaysia masih ramai yang suka mendengar gosip, fitnah, cerita karut dan berangan-angan dari mencari kebenaran. Lalu selalunya mereka membuat hubungan jadi permusuhan tanpa memikirkan kebaikan dan perkara positif.
5. Orang kita juga kurang menjaga kebersihan diri dan tidak pandai memilih pakaian dalam menghadiri majlis, malah ramai mereka yang tidak menghormati sesuatu majlis, contohnya jika ada pemimpin bercakap di hadapan mereka bercakap di dalam barisan, jadi selalunya mereka tak faham apa yang dicakapkan.
6. Orang Malaysia juga suka mencari musuh sesama sendiri dari melihat akan ancaman dari bakal musuh atau musuh dari luar. Ini ertinya orang kita kurang semangat patriotik dan tidak dapat mengenal akan ancaman besar yang bakal di hadapi.
7. Semua peringkat rakyat kita tidak didedahkan dengan ancaman keselaman yang kita hadapi dari peringkat kampung, taman perumahan dan daerah hingga rata-rata mereka tidak menganggap mereka mempunyai tanggungjawab dalam membantu menjaga keselamatan negara.
8. Orang Malaysia terlalu manja hingga kurang daya juang dalam semua bidang, budaya subsidi dan bantuan Kerajaan atau swasta menjadikan msayarakat kita Malas dan banyak mengada-ngada, tidak aku jumpa di negara-negara yang telah aku kunjungi dimana hampir semua aktiviti rakyat di subsidi oleh kerajaan.
9. Ramai orang kita tidak sedar atau mengenal diri mereka sendiri.
10. Remaja kita mudah jatuh cinta, tapi sebenarnya tidak mengenal apakah itu cinta. Dengan itu mereka mudah di perdaya kepada ayat-ayat cinta yang diucapkan kepada mereka yang akhirnya memakan diri sendiri.
11. Orang lelaki Malaysia lebih suka bercakap tentang kekuatan ternaga batin(seksual) dari perkara lain. Dari itu bila ada cerita pasal hubungan seksual mereka mudah percaya, hinggakan di tepi jalan penjual ubat pun mendapat perhatian ramai.
12. Ramai wanita Malaysia suka bergaya walaupun terpaksa meminjam dan berhutang, tenguk saja lah bila ada majlis keramaian atau kenduri kahwin, kalung yang di pakai biar besar rantai basikal dan gelang mesti sampai kat siku, bibir mesti merah, muka mesti tampal tebal, janji nampak bergaya. Lebih dahsat kat sekolah sesama cikgu pun bertanding gaya juga.
13. Lebih teruk orang Malaysia tak pandai gunapakai tandas, tak pandai nak flush lepas guna, maka kesihatan kita semua terancam. Dekat parlimen pun tandas kotor, kadang-kadang surau dan masjid pun serupa.
Aku rumuskan semua orang Malaysia tak tahu malu.
Perjuangkan lah adab yang baik.
Patah saya aku terbang jua.

No comments:
Post a Comment