Setiap minggu aku pasti melalui jalan BUKIT PUTUS untuk balik ke Kuala Pilah dan setiap perjalanan itulah aku pasti melihat kesan yang sedang berlaku di kawasan lereng Gunung Angsi itu. Kesibukan kerja-kerja pembinaan dijalan yang baru sudah banyak berkurangan, mungkin dah dekat nak siap, tapi yang jelas ialah bertambahnya kesan hakisan di sepanjang laluan.
Itu adalah kerana sebelum jalan di bina, pilot tracknya dah sapu bersih balak di kirikanan jalan yang hendak dibina termasuklah jalan untuk sampai ke jalan sebenar. Pendekan cerita ada orang dah kaya dengan hasil kayu balak, jalan tak siap bukan kojo den.
Apa sudah jadi dengan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan makin hari makin parah, nampaknya semua pegawai kanan mesti datang dari bekas pelajar SEKOLAH TUNKU DURAH, apa bekas pelajar sekolah lain tak cukup pandai ke?
Kalau orang Negori cerita pasal hasil bumi Negori hampir semuanya akan sebut APO YANG TINGGA SEMUONYO DAH SELOSAI. Pinjaman dari Kerajaan Pusat berlonggok-longgok sapo jadi MB lopeh ni, LU FIKIRLAH SENDIRI!.
Jalan-jalan dalam Negori ni jauh ketinggalan jika di bandingkan dengan negeri-negeri jiran, jalan kampung yang dah 15 tahun ada yang dah naik jadi belukar tak pernah dapat di turap. Apa tidaknya, Menteri Jalan nak beri projek secara tender tebuka, kat Negori pula nak tentukan siapa sepatutnya di beri kontrak. Nasib kitolah orang Negori dapat ahli Koprat jadi nakhoda habih di kopratkan nya.
Dari apa yang aku coretkan ini dan beberapa perbualan dengan orang-orang di Kawasan Telok Kemang, Rembau, Jelebu, Tampin, Kuala Pilah dan Jempol aku tidak akan terkejut jika ada cawangan yang akan membuat USUL TIDAK PERCAYA kepada pimpinan Negeri. Kata mereka dah terlampau sangat!!! Enough is Enough.
Kepada orang Negori teruskan perjuangan tapi JANGAN BAKAR KELAMBU, BUKAN KELAMBU YANG SALAH, keluarkan orang yang tak perlu ada dalam kelambu kito, jalan nya mudah teruskan apa yang anda katakan USUL TIDAK PERCAYA. Ingat orang yang dulu menghina kita dengan melompat ke lain kapal adalah elemen yang kini ada di dalam kelambu kita untuk menghancurkan kita, dari itu singkirkan dia. Rezeki bukan datang dari dia Allah yang menentukan. Jangan dok ikut ABOY nak dapat LO.
Teruskan perjuangan.
Patah sayap aku terbang jua.

Salam,
ReplyDeleteSindiran dr memang ada faktanya...tapi kok citer politik NS ni, saya agak mual sikit..terutama ceriter dan gelagat orang UMNO di setiap bahagian.
Ada berani ke nak buat undi tak percaya kepada pemimpin no 1 NS..Kono sorogah kek King dan kocut sobab nak jaga nama.Sok tak terpilih jadi wakil rakyat.
Pasal balak ni....alah yang dulu pun samo gak..opis boy kerajaan dan orang nak koncing kubur ae pun dapek 2 konsesi.
Ns ni perlu reformasi gak nya....
Isu undang sg ujung cam ne pulak dr.?
Maaf, lambat sedikit nak jawab kerana baru sampai dari luar negara. Nak kata orang Rembau tak handal, handal belaka tapi pa yang mereka cakap susah nak jadi, macam hangat-hangat tahi kucing, bau aje yang kuat hangat tak ada.
ReplyDeleteJika mereka tak lakukan apa yang mereka cakap, maka terus bermaharajalela lah keluarga dia.
Mana tidaknya semua yang abang dia kata, dia misti ikut, sampai abang dah murtad masuk DAP pun dia kata boleh di percayai. Ingatlah politik bukan milik satu keluarga sahaja. Jika UMNO tidak mau berubah dalah sistem adik beradik ini Negeri Sembilan akan jatuh dalam pilihan raya yang akan datang. Malah berani aku katakan jika ada pilihan raya terkejut bukan sahaja mengejut dalam keadaan korupsi yang keterlaluan ini NEGERI SEMBILAH akan berpaling arah.
Kalau dah nasihat tak lagi nak di dengar, LU FIKIRLAH SENDIRI APA WA AKAN BUAT.....