Saturday, June 20, 2009

KEBODOHAN PENIAGA GERAI MAKANAN DI ALOR GAJAH

Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah satu aktiviti riadah yang baik buat mereka yang berkeluarga. Secara kebetualan dalam perjalanan balik aku ternampak sebuah pasar malam berdekatanan dengan bulatan di pekan Alor Gajah. Aku singgah dengan famili untuk sengaja melihat dan berehat. Apa yang berlaku :-
1. Sebuah komplek peniaga kecil makanan di sebelah pasar di bina dengan cantik dan aku kira kebersihan nya juga boleh di terima, tetapi sikap peniaga yang jelas sekali tidak sepakat dan bermasam muka dengan satu sama lain walhal gerai mereka bersebelahan.
2. Mereka semua orang Melayu tetapi bermasam muka sesama sendiri. Aku duduk memesan kueh udang dan minta pelayan gerai memesan air dari gerai sebelah - jawab nya sebelah sana lain, duduk di sini ambil minum dari geri ini juga.
3. Betapa bodoh dan sombongnya peniaga ini, malah pihak Majlis yang empunya gerai juga patut mengambil tindakan kepada peniaga yang begini.
4. Air yang di pesan di hantar secara tidak ikhlas, pelayan tidak sekali menunjukan sedikit kemeseraan atau memberi sedikit senyuman, malah muka yang masam, dah lah awak tak cantik nak tunjuk muka masam aku ketawa sendiri dan isteri aku berkata "first and last, kita singgah sini", mereka bakal hilang satu pelanggan dan aku pasti sekali memesan kepada kawan-kawan aku supaya jangan buang masa pergi ke komplek itu.
Fenomena kesombongan yang serupa juga aku temui di merata kawasan gerai makanan, termasuk lah di tempat rihat sepanjang lebuh raya PLUS, apakah peniaga kecil Melayu ini tidak paham bagimana untuk melayan pelanggan, sedikit senyuman dan tegur sapa yang berbahasa pasti akan menarik pelanggan.
Biar aku contohkan Leman Dawi yang jual cendol dekat Seremban, keistemewaan Leman, beliau ramah biarpun ramah beliau banyak merapu tapi ia menjadi jenaka yang kami gelak kan sepanjang jalan pulang. Mungkin orang Alor Gajah kena belajar dengan Leman Dawi bagimana budi bahasa nak berniaga.
Kepada peniaga Melayu janganlah beranggapan berniaga di gerai kecil anda dah terror nak berlagak dan sombong, tanpa pelanggan gerai anda pasti tutup - jadi jaga pelanggan dengan mesra merek pasti datang lagi jika tidak nanti pergi cari bomoh nak dapat pelaris - sesungguhnya anda memang BODOH SOMBONG.
Fikirlah sendiri di mana anda berada dalam dunia perniagaan ini.
Patah sayap aku terbang jua.

3 comments:

  1. Terbang pakai ape dr?......

    tu...tu....tu.....ape ceritanya.....?????

    ReplyDelete
  2. Dr;

    Kadang kadang terfikir kenapa orang melayu susah untuk bersatu di dalam perniagaan. Dimana salah silapnya kita semua ni. Adakah kita Tamak?

    ReplyDelete
  3. Umi, anda betul rata-rata orang Melayu sangat tamak dan tak tau sabar, cakap saja sabar tapi macam-macam di buat.
    Tengok sahaja orang politik, ada yang adik jadi MB abang pun nak berlagak macam ketua MB. Habis harta negeri di samun nya.
    Satu lagi orang nak jadi kaya dia tak tahu bila nak cukup. Sedangkan dalam falasafah aku kaya itu adalah ibarat pelangi, boleh di pandang atau di lihat tapi kita tidak akan boleh menyentuhnya. Jadi kalau nak berjaya kita kena usaha bukan pakai bomoh dan tangkal, aku dah pergi banayk syarikat besar seperti Pressuag Slazgitter di Jerman mereka tak pakai tangkal pun bahkan dalam perniagaan yang sama - peralatan eletronik mereka berkongsi dengan pesaing mereka Rhoold & Swltz.
    Sebalinya orang Melayu jual goreng pisang dan nasi lemak pun gaduh.
    Jadi, peniaga Melayu jangan cari musuh sama sendiri, lihat musuh luar yang benar-benar tak mahu kita maju dan belajarlah malu kepada diri sendiri.

    ReplyDelete