Terima kasih kepada kawan dan kenalan yang memberikan beberapa komen dan meminta aku menulis dengan lebih tajam dan berani. Selama ini bukanlah aku takut atau ingin menyembunyikann identiti aku, jika itu yang aku mahukan maka tak akan aku gunakan nama sendiri di pembukaan blog ini. Jadi, mulai papran ini aku akan lebih vokal dalam menyampaikan hasrat yang ada.
Mengapa aku memileh tajuk kali ini berkaitan dengan bangsa aku. Semalam aku bertemu dengan seorang pegawai atasan di sebuah kementerian, dalam perbualan aku, dia mengatakan yang pegawai-pegawai di bawahnya yang hampir kesemuanya berbangsa Melayu kurang minat dalam membaca dan amat takut dalam menjalankan tugas. Aku kata nanti aku carikan jawapan di dalam blog aku.
1. Pegawai Melayu tidak suka ada subordinate yang lebih bijak dari dia.
2. Pegawai Melayu tidak suka di tegur oleh pegawai bawahan, mereka rata-rata hanya suka menerima pujian dalam ertikata lain mereka suka di bodek.......
3. Ramai pegawai Melayu tidak suka menerima pandangan dari pegawai bawahan, kerana mereka akan merasa seakan diri mereka nampak bodah, walau pun sebenarnya meraka agak bodoh...........
4. Ramai pegawai Melayu tidak bermotivasi, suka tunggu dan ikut cara ketua buat kerja walau pun kerja itu tidak menunjukan produktiviti yang di harapkan.
5. Ramai pegawai Melayu suka ambil jalan mudah, kalau ada peruntukan serah kepada "konsultan" tapi mesti kawan sendiri, walaupun konsultan itu dari MLM.
6. Ramai pegawai Melayu yang pentingkan kenaikan pangkat secara segera, hinggakan ada yang sanggup cari sugar daddy dalam jabatan.
7. Ramai pegawai Melayu terlibat dalam skandal dengan kerani atau pegawai bawahan, kadang-kadang dengan dreber sendiri pun terjadi.
8. Ramai pegawai wanita Melayu suka mereka di lihat anggun dan mengoda lalu mereka terjebak dalam cinta tiga segi.
9. Ramai juga yang sianghari kepejabat dengan sopan dan tertib tapi malam di kelab dengan seksi.
10. Ramai pegawai Melayu tidak taat kepada organasasi, mereka suka menunjukan yang mereka tahu semua, hasilnya mereka mendedahkan banyak rahsia kerajaan.
11. Ramai juga yang buat side busines. Sebab Pak Lah kata boleh buat business, kadang-kadang dalam kereta dah siap kerepek nak pergi ke pasar malam.
12. Ramai yang bermotivasikan materialisma, maka terjerumuslah mereka dalam gejala rasuah yang akan memakan diri mereka sendiri.
Nah, jawapan yang anda minta supaya aku berikan dengan terang dan tepat, pasti ada yang nak menampakan aku tidak betul dan kurang bijak, tak apa asalkan pembaikan akan di lakukan terutama dalam mengenal diri sendiri sebagai pegawai kerajaan tak kira di level mana sekali pun.
Patah sayap aku terbang jua.

Dr;
ReplyDeleteNak tambah lagi satu yang No 11 tu. Kalau talifon punyalah payah nak angkat.
AS Alias, betul tu sebab dia tahu anda atau saya yang telefon tapi bila nombor Vincent atau Arumugam yang timbul cepat dia angkat atau jawab.
ReplyDeleteBila kita betulkan kereta dia katanya jangan rasyah tapi bila Whilliam yang buat itu tolong.
Sesama Melayu susah nak deal orang lain semua boleh.........