Wednesday, June 17, 2009

PERJUANGAN PERPADUAN

Kebelakangan ini heboh dengan perbincangan dan percakapan mengenai kerajaan perpaduan dari orang biasa hingga kepada Ulama di minta untuk memberi komen. Pasti banyak komen yang di berikan secara spontan tanpa memikirkan implikasinya positif atau negatif. Aku tertarik dengan komen Tok Guru Dato Nik Aziz, disini aku pula memberikan pandangan aku di atas komen Tok Guru.
1. Jelas Tok Guru seorang politikus yang amat matang dalam mencari jalur political advantages.
2. Saranan Tok Guru supaya semua parti politik di bawa berunding dalam mengujudkan kerajaan perpaduan hendaklah di lihat dalam usaha beliau untuk terus memancing undi kaum bukan Melayu bagi menyokong Pas.
3. Semasa Barisan Nasional di tubuhkan semua parti politik telah di jemput teapi masih ada yang tidak mahu ikut sama dengan bermacam alasan.
4. Tok Guru turut mengatakan yang politikus bukan Islam boleh menmberikan tafsiran dari terjemahan Al Quran walaupun mereka tidak memahami apakah itu iman dengan jelas.
5. Tok Guru juga sering berbeza pendapat dengan beberapa pemimpin Pas. Aku hormati Tok Guru dengan pendapat beliau tetapi aku juga sering bertanya kepada diri sendiri di manakah sebenarnya kedudukan seorang ULAMA? bukankah Ulama sepatutnya duduk di tengah-tengah diantara UMARA dan orang awam, menasihatkan UMARA diatas perkara yang baik dan menenangkan UMMAH yang menjadi rakyat biasa terutam yang kurang ilmu.
6. Apabila ULAMA berpolitik maka Agama di perdagangkan, lalu yang tidak boleh, di samar-samarkan supaya kelihatan seperti boleh, siapakah yang menjadi mangsa - UMMAH yang mempunyai fahaman yang cetek.
7. Aku ingatkan diri aku dan semua yang cuba nak bermain dengan ayat Al Quran supaya jangan menjadikan agama sebagai taruhan dalam mencapai cita-cita politik kerana balasan Allah amat dahsat. Kalau dulu kita hanyalah manusia biasa tanpa pendidikan Agama yang formal, janganlah terus menjadi ustaz instant kerana tujuan atau dorongan politik.
Cukup buat renungan pagi ini, nanti aku catatkan lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

2 comments:

  1. Salam MAWARHATI,

    Saya amat setuju perkara no7. saya telah menerima sms dari seseorang agar merujuk kepada surah as sajadah ayat 7,8,9 dan 10.

    Nah cube tuan rujuk dan tulis sesuatu mengenainya.Leh kami kongsi.

    TQ Cifu.

    ReplyDelete
  2. Terima ksaih atas komen anda. Bagi menerangkan ayat 7 - 10 dalam surah itu, terlebih dahulu izinkan saya memohaon ampun sebesar-besar nya dari ALLAH yang maha bijaksana lagi maha berkuasa, ampunkan hamba Mu yang daif lagi hina ini dalam menterjemahkan ayat-ayat Mu, Ya ALLAH , ampun kanlah Ibu dan Bapa ku dan sayangilah kedua orang tua ku sepertimana mereka menyayangi aku semasa aku masih kecil dan di atas kasihan belas Mu, Ya ALLAH ampunkan seluruh kaum Muslimin sama yang masih hidup atau yang telah mati dan Ya ALLAH yang tiada lain yang layak di sembah melainkan Engkau Ya ALLAH, Ya Hanan, Ya Manan, Ya badi'ussama Ya Zaljalalul ikram.

    Dalam ayat tersebut Allah telah menerangkan yang Nabi Adam telah mula di jadikan dari tanah, kemudian nya semua anak cucu dan keturunan nya dari air yang hina (mani) dan kemudianya semua mereka akan di matikan dan Allah akan menghidupkan kembali di akhirat nanti. Pengajaran:-

    1. Kita manusia semuanya sama dari satu jasad yang di jadikan dari tanah dan air yang hina keluarnya dari kemaluan lelaki dan kita di lahirkan dari kemaluan perempuan - jadi jangan sombong dan angkuh.

    2. Kita semua akan di matikan apabila tiba masa yang di janjikan dan kita akan di hetong semua yang kita lakukan di dunia ini - jadi jadilah ummah yang baik dan beriman.

    3 Balasan ALLAH bagi yang jahat adalah amat adzab.

    Cukup buat tatapan anda nanti kita bincang lagi

    ReplyDelete