Saturday, June 20, 2009

PERJUANGAN SEORANG BAPA

Pagi ini aku menerima beberapa panggilan telifon yang mengucapkan Selamat Hari Bapa dan ada seorang kawan yang menceritakan kisah sedihnya sebagai seorang bapa. Sahabat ini sebenarnya dalam prosess sama ada berpisah atau kembali kepada isteri beliau, dan dia meminta aku mencoretkan sesuatu yang boleh menjadi semangat baru kepadanya dalam menghadapi gelombang rumah tangga yang di laluinya pada masa ini.
Aku mengatakan yang aku mungkin mampu memberi sedikit pandangan tetapi sama ada ianya boleh di jadikan kata-kata semangat aku pulangkan kepada sahabat ini.
1. Setiap perkahwinan itu adalah satu "perjuangan hidup" dan dalam perjuangan bukan semuanya boleh menang dan ingat dalam perjuangan perlukan pengorbanan. Adakalnya pengorbanan itu memakan diri sendiri dari itu perlu faham dengan jelas akan obkejtif pengorbanan yang akan di lakukan.
2. Aku katakan jika berlaku perpisahan sebenarnya bukan di rancang oleh mana-mana pihak tetapi itulah yang dikatakan jodoh pertemuan.
3. Jika berlaku perpisahan, janganlah menganggap salah satu pihak menang, jika menang sekali tidak akan ada yang menang semua, jadi janganlah mencari kemenangan jika ia nya terjadi.
4. Jika ada zuriat, jangan di pisahkan samaada dengan ibunya mau pun dengan bapanya, walau dengan apa cara sekali pun.
5. Jangan menabur fitnah selepas perpisahan, kerana fitnah ini lama kelamaan akan memakan diri sendiri.
6. Sebaiknya janganlah mencari simpati dengan mana-mana pihak dengan membuatkan cerita-cerita yang bukan-bukan dan seringkali menyalahkan sebelah pihak sahaja. Rahsiakan cerita anda walaupun ada orang yang bertanya. Senyuman adalah lebih baik dalam perkara ini.
7. Mulakan cermin diri kita sendiri. Bila cermin diri, tanya diri kita di mana kesilapan kita dan perbaiki kesilapan itu. Jangan ulang kesilapan yang sama.
8. Jangan memusuhi seseorang, jika kita di musuhi buat diam sahaja jangan bertindak balas sebaiknya berdiam diri sahaja.
9. Ingat, orang yang selalu menceritakan kesalahan dan kelemahan orang lain sebenarnya menutup kesalahan dan kelemahan sendiri. Orang yang begini selalunya hendak mencari perhatian.
10. Akhirnya, bunga bukan sekutum dan kumbang juga tidak seekor.
Kerpada sahabat ini sebaiknya selamatkan lah perkahwinan anda. Anda seorang bapa yang baik.
Selamat hari bapa.
Patah sayap aku terbang jua.

2 comments:

  1. Dr,

    Perkahwinan ialah sunahtullah, hidup pun begitu.Cumpang camping cam mane pun kita rujuk balik pada Allah dan RasulNya.

    ReplyDelete
  2. Masalahnya ramai orang yang kahwin tapi tidak dapat memahami apakah itu perkahwinan. Semasa bersendirian pun ramai yang tidak mengenal diri sendiri, bila dah kahwin perlu pula kenal isteri/suami dengan jelas jika tidak pasti akan datang mala petaka walaupun dah lama bersama.
    Belajarlah mengenal diri kita dan keluarga kita nanti kita akan jumpa jalan penyelesaian segala kekalutan.

    ReplyDelete