Thursday, August 13, 2009

MENGENALI ANCAMAN KESELAMATAN USAHAWAN

Aku di datangi ramai rakan dan teman lama yang rata-rata kini telah berada dalam kelompok orang makan pencen, duduk bersembang dan bercerita di anjung seri rumah aku menghadap ke pertemuan dua sungai yang sememangnya satu keindahan alam semula jadi yang tidak terdapat semasa aku tinggal di kota metropolitan dulu.
Fokus perbualan selalunya berkisar sekitar pengelaman semasa berkerja dengan corak dedakasi yang amat berbeza dengan generasi sekarang. Seringkali ada diantara kami yang akan menyuarakan betapa mudahnya generasi sekarang, semua dengan hanya menaip di keyboard masing-masing dan telefon yang sentiasa berada disisi. Sesekali kami semua akan ketawa besar apabila ada diantara kami akan membawakan cerita lucu dan perwatakan bos kami yang bermacam ragam.
Masih ternampak di mata aku apabila cerita bos kawin isteri no 2 secara sembunyi, tukang simpan rahsia besar ialah dreber. Apa tidak nya tiba-tiba bos beli set golf baru dan mula masuk kelab golf. Mula-mula bawa datin sama, bukan main serious lagi bos kami konon nya nak mengajar datin main golf. Lepas 3 kali datang ke kelab, datin dah fedup sebab pukul tak kena-kena, bini si Malek pun di minta bawak datin pergi jalan-jalan, sebenarnya ini episod yang bos rancangkan, sebab bini Malek pandai celoteh dan datin pulak suka di angkat ego nya, maklumlah masa tu datin boleh di kira dengan jari belaum melambah lagi.
Aku, Malek dan Kudin ikut bos main golf dari main kat Subang kini bos kata kat datin kena main pertandingan kat Melaka, Seremban malah sampai Kota Bharu dan kenalah bermalam 2-3 hari kat luar, baru lah aku dapat rahsia rupanya orang tua tu dah ada tilam baru. Tapi semua kami sentiasa simpan rahsia kerana kesetiaan kepada Bos.
Lepas dua tiga kali kami di percayai oleh datin yang kononya bos baik, dan hanya main golf, dan bos pun dah confiden yang datin tak cari bila dah keluar dengan kami, maka drebar tukar jadi drebar kami bukan bos lagi. Pada setiap hujung minggu bos hanya putting kat green 19 kami kena pergi merata main golf sebab nak cover jalan.
Aku sengaja bawakan episod bos lama aku yang sememangnya seorang yang baik dan penuh tanggungjawab dalam menjalankan tugasnya, tapi soal nak beritahu datin yang dia dah kawin satu lagi memang dia takut, kerana katanya takut kena kerat. The moral of the story aku nak ceritakan bagimana kita hendak mengenali akan ancaman kepada keselamatan usahawan Melayu secara berperingkat-peringkat.
Mengapa perlu aku bawakan senario ancaman keselamatan usahawan Melayu ? secara rambangnya semua orang akan merasa terancam pada sebilang masa tetapi keupayaan untuk mengenal pasti bentuk ancaman yang ada sangat kurang, kerana dalam keadaan negara yang aman mana ada orang yang akan berbincang berkaitan dengan ancaman keselamatan. Apatah lagi ancaman keselamatan kepada usahawan.
Jadi, fikirkan dulu akan ancaman keselamatan usahawan sebelum anda memberikan komen di coretan yang akan datang.
Patah sayap aku terbang jua.

No comments:

Post a Comment