Friday, August 21, 2009

ANCAMAN AKIDAH

Beberapa hari yang lalu aku mencoretkan bantahan aku terhadap kenyataan YAB Menteri Besar Kelantan - Tok Guru. Aku juga memberikan sedikit contoh dari apa yang aku pelajari dari kitab-kitab yang selalunya menjadi rujukan dalam hal-hal agama. Aku berharap dengan kejahilan ilmu dan serba kekurangan dalam diri aku ini Allah s.w.t akan memberikan aku kekuatan dan panduan agar iman yang ada ini tidak terpesong dek ragam politik manusia yang konon nya amat arief dalam soal agama.
Aku juga melihat kebelakangan ini beberapa tokoh agama telah di pergunakan dan masih lagi di gunakan oleh mereka yang berjawatan melalui politik untuk mengadakan ceramah-ceramah khusus. Ini amat ketara di negeri Selangor, di mana foram perdana di adakan pada saban minggu di hampir semua masjid dengan objektif politik.
Kepada sahabat dan rakan yang mengenali aku secara peribadi, dan yang selalu menghubungi aku untuk mendapatkan pendapat dan pandangan atas perkara modal insan dan keagamaan, aku ingin nasihatkan supaya berhati-hati dalam mendengar ceramah-ceramah ini. Betul semasa memberikan pendapat dan penerangan tokoh-tokoh agama terlibat telah memberikan sebaik pandangan, tetapi semasa menggulung atau menganalisakan nya, selalunya di lakukan oleh orang politik. Seperti yang kita sedia maklum mereka ini akan menganalisakan nya menjurus kepada pahaman politik mereka.
Sahabat, rakan dan saudara-saudara yang melayari blog aku ini, inilah yang aku anggapkan sebagai ancaman akidah kita di zaman ini. Berbagai cara yang di lakukan, dari menyebarkan tomahan dan membuka aib orang, fitnah dan menaburkan cerita yang tidak dapat di kenali akan sumbernya hinga kepada kelas agama dan tazkirah di surau dan madrasah, aku seringkali berdepan dengan penceramah politik berserbankan ustaz. Ini amat berbahaya. Ada ketika aku sengaja membawakan beberapa persoalan kepada penceramah-penceramah ini, kebanyakan mereka lari dari menjawabnya malah seringkali menyalahkan kerajaan yang ada.
Aku terpanggil untuk mengemukakan perkara ini kepada ummah, dengan harapan nak berpolitik, berpolitik lah tetapi jangan lah sampai kita tergadai akidah. Ingatlah semua ini akan di pertanyakan kepada kita di hari yang di panggil yaumul hisab nanti.
Bagi aku di dunia ini aku lebih ingin melihatkan bangsa aku bersatu dalam mencapai objektif duniawi dan mencari ketenangan bagi bekalan akhirat nanti.
Nasihat aku kepada semua pemimpin politik Melayu, bersatulah demi keutuhan kesatuan Bangsa kita, demi peningkatan ekonomi kita, demi masa depan keturunan kita dan kesinambungan KEPIMPINAN MELAYU. Janganlah nanti terjadi perpatah lama itu kepada kita bak kata "ayam menang sabung, kampong tergadai". Sebelum ini terjadi fikirkanlah.
Teruskan perjuangan kita.
Patah sayap aku terbang jua.

2 comments:

  1. Salam,

    Bukankah semua orang tahu, puak-puak ini memang kerja dia menggunakan agama untuk menipu umat Islam, kalau dia orang tidak gunakan lambang Islam dan berwajah Islam, macam hampas, langsung orang tak pedduli.

    Dia tahu umat Melayu di Malaysia terlalu murah hati kalau bab agama Islam, apalagi 'penyamun-penyamun tarbus'gunakan sepenuhnya untuk rompak duit rakyat dengan alasan berjihad ke jalan Allah.....

    ReplyDelete
  2. Saudara,

    Sememangnya perkara ini berlaku di negara kita dan juga negara jiran. Kita dapat lihat jika Ulamak atau orang yang alim berpolitik maka ummah akan berpecah-belah. Maaf aku berikan contoh Tok Guru, adalah seorang yang sangat aku hormati kerana pendidikan agamanya, tetapi apabila beliau sering menggunakan agama untuk tujuan politik, aku terpaksa mencari guru lain untuk membuat rujukan.

    Betul kata saudara apabila aku berbicara tentang agama tanpa di kaitkan dengan mana-mana parti politik macam "hampeh", makmum yang bertanya kemuskilan juga memiripkan soalan mereka kepada pahaman politik mereka.

    Sayang ramai orang MELAYU tidak dapat membezakan antara pahaman politik dengan pegangan Agama. ISLAM adalah pegangan hidup kita yang tidak boleh di tukar, sedangkan politik hanyalah pahaman dan boleh berubah, dan tidak masuk neraka jika berubah pahaman politik. Tetapi murtad dan "fin nar" apabila berubah ke lain dari ISLAM.

    ReplyDelete