Monday, August 24, 2009

ANCAMAN KEPADA KELUARGA

Aku di datangi oleh seorang sahabat lama yang setahun lalu mengamalkan poligami. Selama ini aku mendapat gambaran yang mereka amat bahagia dengan kedua buah keluarga sama-sama di berikan perhatian dengan saksama. Tiba-tiba sahabat ini memberitahu aku yang dia telah melepaskan isteri yang pertama. Aku amat terkejut dan dalam hati aku amat sukar untuk menerima perkara yang di beritahu ini. Namun aku percaya sahabat ini telah membuat keputusan yang amat berat selepas mempertimbangkan nya dengan begitu lama. Maklumlah usia poligami beliau telah mencecah setahun.
Dari kajian yang aku buat sebelum ini dan dari luahan hati sahabat itu aku dapat merumuskan beberapa perkara :-
1. Gagal nya sesebuah poligami biasanya berpunca dari pihak luar dari mereka yang terlibat dalam institusi poligami itu, contoh saudara mara yang kurang senang apabila melihat mereka yang terlibat dalam keadaan bahagia. Seorang ibu yang marah melihat anak nya di madukan akan sentiasa memberikan pandangan yang negatif kepada anak nya terhadap menantu yang berpoligami, begitu juga seorang kakak akan juga melakukan begitu kepada adik nya yang bermadu.
2. Poligami juga akan menjadi masaalah yang membebankan si suami jika perasaan cemburu yang terlalu meninggi dalam jiwa si isteri. Walaupun cemburu boleh menggambarkan kasih dan cintanya si isteri kepada suami, namun berlebihnya cemburu akan merusakan sebuah keluarga.
3. Kegagalan juga boleh di sebabkan oleh sikap si suami yang hanya mementingkan sebelah pihak sahaja, sedangkan orang yang berpoligami perlu menyedari yang kasih sayang perlu di agihkan secara adil.
4. Kekuatan polgami bukan sahaja terletak pada keupayaan kewangan atau kejantanan sesaorang suami terapi ianya lebih kepada keupayaan suami mengawal emosi dan mentadbirkan diri dengan baik.
Poligami adalah di benarkan oleh agama kita seperti yang kita sering didengarkan, sabda Rasullullah " Kawinlah kamu, dua, tiga atau empat, tetapi jika kamu takut tidak berlaku adil maka kawinlah satu sahaja."tetapi perkara poligami tidak pernah di sentuh dalam upacara nikah kawin, sedangkan poligami adalah satu perkara yang besar kemungkinan berlaku kepada setiap mereka yang bergelar suami dan di madukan adalah satu perkara yang boleh berlaku pada setiap perempuan yang bergelar isteri.
Maka aku berpendapat dalam upacara pernikahan adalah penting di terangkan kepada bakal isteri yang kemungkinan beliau di madukan. Jika ini berlaku beliau mestilah bersedia untuk menerima keadaan tersebut dan jangan sekali-kali menentang kebenaran Allah untuk suami berpoligami.
Mungkinkah perlu mereka yang bakal terlibat dalam polgami ini menghadiri seminar yang aku kendalikan dalam tajuk "PERSIAPAN UNTUK MENJADI MENTUA DAN MENERIMA MENANTU" Kalau berminat sila hubungi Institut Pengurusan Melaka.
Lain kali aku cerita lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

No comments:

Post a Comment