Saturday, August 8, 2009

KORBAN SAMSENG POLITIK

Semalam belansunglah mesyuarat UMNO Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Seremban. Seperti biasa Ketua Bahagiannya Mad Hassan yang juga Menteri Besar dalam ucapanya menyindir kehadiran pemimpin bahagian lain yang datang ke kawasan Rembau tanpa mengira apa sebab mereka datang ke Rembau - sama ada berasal dari Rembau atau bersemenda di Rembau. Antara lain Mad Hassan seakan mengatakan wilayah Rembau ini tertutup dari "orang luar" macam nak jadi Myanmar agaknya tak boleh di tegur atau di komen oleh orang luar, macamlah semuanya baik di bahagian Rembau.
Nak jadikan cerita bersuaralah seorang pemerhati secara beseluruh "kalau dah ketua bahagian tak turun padang orang lain turunlah" begitulah kurang lebih perkatan pemerhati tersebut. Tapi apa yang terjadi amat mengeciwakan, sekumpulan Pemuda yang di percayai di ketuai oleh ABOY anak Azman Hassan, anak saudara kepada Mad Hassan seramai tidak kurang dari 7 orang telah menarik pemerhati tersebut keluar dewan lalu membelasahnya. Nyata sekali yang maklumat sebelum ini menyatakan yang Mad Hassan dan keluarganya menggunakan budaya samseng untuk menguasai UMNO Rembau.
Pandangan yang dapat aku berikan ialah Bahagian Rembau berpotensi untuk jatuh kepada pembangkang malah seluruh Negeri Sembilan akan bakal jatuh jika Mad Hassan terus menjadi Menteri Besar - lihat ini firasat yang aku berikan 3 tahun sebelum PRU 13, dulu sebelum PRU 12 aku nasihatkan supaya Zaharuddin tidak di calunkan Mad Hassan tak peduli - apa jadi di Paroi.
Hasil kajian juga menunjukan yang PRU 12, Negeri Sembilan hampir jatuh kerana kebencian rakyat pada keseluruhan nya kepada Mad Hassan bukan pada UMNO, jadi pihak pengurusan UMNO ambil perhatian, jangan sampai selepasa PRU 13 nanti UMNO berubah kepada kerusi pembangkang pula di parlimen, jangan sampai nasi jadi bubur dan jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Aku mencadangkan supaya satu penyiasatan di adakan terhadap pentadbiran Mad Hassan di jalankan dengan segera supaya UMNO tidak mendapat masaalah di masa depan, jika perlu digantung beliau silakan, jangan peduli dengan ugutan Azman Hassan dn konco-konconya.
Teruskan perjuangan, mulakan undi tidak percaya anda untuk mengubahnya.
Patah sayap aku terbang jua.

4 comments:

  1. siapo berni niiiii !!! ekau ingta wakil gayat di n9 tu berani ko???? semuo kocut teloo ,, hahahahahahhaha jangan lupo 11 ogos di kampong solomak,,,,,,,,,,,, 8:30 malam ....DSAI.....

    ReplyDelete
  2. Tok Mat macam Tok Sahak cakap ada darah polong kot ada benarnya. Orang jual kereta nak tadbir negeri macam syarikat perniagaan mana boleh. Dalam pentadbiran politik ada perkara yang terpaksa mengalah demi tanggungjawab sosial.

    Puak UMNO mana faham leka nak buat duit untuk tembolok sendiri. Taman Margosa mangsa tok Mat yang digelapkan berita untuk pengetahuan orang ramai. Layari czackPY@blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Blogger Lobai Kampong memaparkan artikel kesedihan seorang anak kehilang bapanya akibat tindakan ISA......cube amati...cerita kek gombau ni sempoi je......pemimpin bahagian yang lain tak do tolo...memontingkan diri sendiri dan puaknya...bodoh dan bahlul....boringsesssssss!

    ReplyDelete
  4. Aku melihat beberapa isu yang bakal di bangkitkan lagi. Berkenaan dengan kehadiran orang politik mana parti pun aku tak peduli, yang penting jangan kita bercakaran sama sendiri ada puak yang bertepuk tangan dan tambah minyak biar menyala lebih besar.
    Bila dah masuk politik nawaitu mesti betul, jangan cakap tak serupa bikin.
    Aku setuju cara jual kereta memang lain dengan memimpin, jadi jangan nak samakan dapat untung jual kereta dengan untung dalam politik. Dulu dapat AP nak bawa masuk kereta boleh bagi kat kawan sebab untung boleh sorok, politik semua orang pandang,
    Aku nasihatkan orang bahlul begini baiklah kosongkan pejabat sebelum terjun bangunan bila kena soal dengan SPRM

    ReplyDelete