Friday, August 7, 2009

BERJUANGLAH JANGAN JADI KORBAN

Kelmarin dalam coretan aku, aku membuat ramalan yang antara Hassan Ali dengan Zulkifli Nordin salah satu mungkin akan menjadi korban percaturan Anuwar Ibrahim, nampaknya ramalan itu tidak jauh dari tepat. Langkah DAP Selangor membuat gesaan supaya tindakan diambil terhadap Hassan mungkin sebagai langkah permulaan untuk mengorbankan beliau dan dalam beberapa hari lagi Anuwar akan bersuara yang mana aku jangkakan akan berpihak kepada DAP. Aku katakan begitu kerana Hassan bukanlah proksi Anuwar dalam PAS.
Aku kagum dan ingin memberikan pujian kepada Pemuda PAS Selangor kerana berani tampil membuat demonstrasi menyokong Hassan dan aku kira Pemuda PAS tidak bersendirian dalam perkara ini dan aku ingin melihat ianya perhimpunan yang lebih besar dari demonstrasi GMI yang lalu. Apa tidaknya kerana perjuangan menentang kekufuran sememangnya JIHAD tapi demonstrasi GMI adalah berbau POLITIK. Jadi aku harap Pemuda PAS dapat menilai sendiri apa agenda tersembunyi dan tujuan DAP bergabung dalam PR. Ingat aku coretkan apa pesanan Rasullah "Apabila rusak gulungan muda maka hancurlah masa depan sesebuah negara", perbuatan menggalakan pertumbuhan rumah maksiat - rumah urut, pup dan lain-lain tempat menjual arak dan sebagainya sudah pasti akan merusakan generasi muda.
Aku harap Hassan Ali akan terus lantang didalam menentang kemungkaran di bumi Selangor dan tidak gentar dengan ugutan atau desakan dari komponen PR yang sememangnya tidak sehaluan dengan PAS.
Lebih dari itu aku harap pucuk pimpinan PAS akan berdiri teguh mempertahankan Hassan dan tidak akan tunduk kepada apa-apa ugutan dan desakan yang di buat oleh DAP. Aku juga ingin menasihatkan pucuk pimpinan PAS terutama Presiden nya jangan terpengaruh dengan mainan politik Anuwar dan analisalah dengan sebaik mungkin setiap pandangan yang di berikan oleh mana-mana pihak sekalipun.
Teruskan perjuangan anda.
Patah sayap aku terbang jua.

No comments:

Post a Comment